menghubungi penyedia platform media sosial yang lain untuk mendapatkan kerjasama dalam mengeluarkan beberapa akaun berkait dengan ekstremisme.
Archive for 2016
SKMM SEKAT LAMAN WEB SEBAR IDEOLOGI KEGANASAN
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat 27 laman web dan 54 pautan URL dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang menyebarkan ideologi Daesh, kata Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata pihak berkuasa juga telah
menghubungi penyedia platform media sosial yang lain untuk mendapatkan kerjasama dalam mengeluarkan beberapa akaun berkait dengan ekstremisme.
menghubungi penyedia platform media sosial yang lain untuk mendapatkan kerjasama dalam mengeluarkan beberapa akaun berkait dengan ekstremisme.
"SKMM menghubungi YouTube, Twitter dan Facebook untuk mendapatkan kerjasama mengeluarkan satu akaun Twitter, tiga akaun Facebook dan enam saluran YouTube dengan 20 video atas alasan yang sama," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.
SalLEH berkata SKMM telah mengambil langkah proaktif bukan hanya untuk mengenal pasti dan menyekat akses kepada outlet media dalam talian yang menyebarkan propaganda pengganas, tetapi untuk mengenal pasti individu yang didapati menyokong ideologi itu.
"Maklumat yang diperoleh menerusi pemantauan SKMM ke atas outlet media sosial memudahkan proses mengenal pasti mereka yang didapati menyokong, simpati atau terlibat dalam penyebaran ideologi berkenaan untuk tindakan selanjutnya oleh polis," tambahnya.
Semalam, SKMM dilaporkan telah menyekat 11 laman web dan 22 pautan URL dalam bahasa Melayu yang terlibat dalam penyebaran ideologi Daesh.
POLIS PANTAU TAHANAN IS YANG TELAH BEBAS
By
AZMI AZNI
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengetahui pergerakan dan memantau rapi aktiviti bekas tahanan militan di negara ini bagi memastikan mereka tidak terlibat semula dalam kumpulan pengganas Daesh.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata polis percaya terdapat dalam kalangan bekas tahanan militan yang merekrut rakyat negara ini bagi menyertai kumpulan militan.
Beliau berkata setakat ini, seramai sembilan orang bekas tahanan militan
dikenal pasti menyertai kumpulan pengganas Daesh di Syria.
dikenal pasti menyertai kumpulan pengganas Daesh di Syria.
"Terdapat bekas tahanan militan yang kini berada di Syria dan mereka
mempunyai ideologi militan yang sangat tinggi dan sukar dikekang," katanya kepadaBernama.
mempunyai ideologi militan yang sangat tinggi dan sukar dikekang," katanya kepadaBernama.
Mengenai dakwaan bahawa Filipina dijadikan pusat transit untuk
rakyat Malaysia menyertai kumpulan Daesh ke Syria, beliau berkata tiada maklumat lanjut berhubung perkara itu.
rakyat Malaysia menyertai kumpulan Daesh ke Syria, beliau berkata tiada maklumat lanjut berhubung perkara itu.
"Setakat ini, pihak kami tidak mempunyai sebarang maklumat lanjut berhubung anggota Daesh di negara ini yang menjadikan Filipina sebagai transit sebelum berlepas ke Syria," kata Ayob Khan sambil menambah ketika ini terdapat empat anggota Daesh Malaysia yang bergabung dengan kumpulan Abu Sayaff Group (ASG) di selatan Filipina.
Mengulas lanjut, beliau berkata menurut statistik, daripada 213 individu
yang ditahan terdapat 33 wanita dipercayai terlibat dalam kegiatan militan Daesh di negara ini sejak 2013 sehingga pertengahan tahun ini.
yang ditahan terdapat 33 wanita dipercayai terlibat dalam kegiatan militan Daesh di negara ini sejak 2013 sehingga pertengahan tahun ini.
"Rakyat tempatan mencatatkan jumlah tertinggi yang ditahan iaitu 186 orang diikuti dengan Indonesia (15); Iraq, Filipina dan Rusia (2) serta Arab Saudi, Maghribi, Kosovo, Bangladesh, Turki dan Mesir masing-masing seorang.
"Jumlah tangkapan individu terlibat kegiatan militan Daesh dilihat semakin meningkat iaitu 82 orang pada 2015 berbanding 59 orang pada tahun sebelumnya," katanya.
Beliau berkata pihaknya mendapati seramai 16 kanak-kanak antara 61 rakyat Malaysia yang masih berada di Syria dan terlibat dalam kegiatan militan Daesh.
-Bernama
-Bernama
BIMBANG IS MENULAR KE SEKOLAH
By
AZMI AZNI
Kementerian Pendidikan mahu guru dan pelajar berwaspada dengan golongan 'sleeping cells' atau 'sel senyap" yang secara diam-diam menyebarkan dan mempromosi fahaman dan kegiatan keganasan.
Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata berkata golongan tersebut yang menggunakan pelbagai teknologi baharu sebagai medium penyebaran fahaman ekstremis itu amat berbahaya kerana bergerak secara senyap tanpa pengetahuan masyarakat sekeliling.
"Contohnya penahanan 14 individu di lima negeri pada 14 Julai sehingga Rabu lepas kerana disyaki terlibat dengan kumpulan militan Daesh ... (mereka) bergerak dengan begitu senyap," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilifitri SMK Dato Syed Ahmad, hari ini.
Justeru, beliau berkata, guru perlu sentiasa berwaspada dan memainkan peranan membantu kerajaan dalam memberi penerangan kepada pelajar berkaitan bahaya fahaman militan Daesh yang jelas bertentangan dengan ajaran agama Islam.
Dalam pada itu, Mahdzir berkata pihaknya akan mengarahkan pihak pengurusan tertinggi kementerian untuk mengkaji aspek yang boleh dimasukkan atau ditambah baik dalam setiap kurikulum sekolah.
"Sebenarnya dari segi kurikulum tiada masalah, yang kita nak ialah bagaimana pendidikan itu boleh diberi dalam bentuk kesederhanaan dan juga berkaitan dengan isu-isu semasa yang boleh difahami oleh pelajar.
"Tidak boleh bercakap secara berselindung, kena berterus terang kepada pelajar (tentang bahaya fahaman ekstremis), katanya.
Baru-baru ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu tiga nilai utama diterap dalam kurikulum Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan dalam menjamin kestabilan, kesejahteraan dan kemakmuran negara.
Perdana menteri berkata kajian semula juga perlu dibuat terhadap pendidikan agama di beberapa institusi bagi mengenal pasti kelemahan yang mendorong kepada keterlibatan dalam ekstremisme oleh individu tertentu.
DAESH DAPAT BAHAN BUAT BOM MUNGKIN DARI NEGARA JIRAN
By
AZMI AZNI
Ancaman untuk mengadakan lebih banyak serangan di negara ini oleh puak militan Daesh, mungkin disebabkan mereka mudah mendapat bahan untuk membuat bom dari negara jiran.
Perkara ini dinyatakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.
Pada masa yang sama, beliau berkata keadaan itu agak membimbangkan kerana ia menunjukkan kemungkinan berlaku serangan pada masa akan datang.
"Sebelum ini mereka tidak ada kepakaran, tidak ada kesempatan untuk belajar membuat bom seperti kumpulan militan lain seperti Jemaah Islamiyyah dan Al Qaeda yang mendapat latihan di selatan Filipina dan Afghanistan.
"Dahulu anggota militan Daesh di Malaysia tidak mempunyai kepakaran itu tetapi berdasarkan kes terbaharu di Movida, Puchong, ia membuktikan mereka telah mendapat bahan letupan daripada negara jiran.
"Ini yang membimbangkan kerana kita kalau mereka sudah ada hubungan dengan pihak tertentu, mereka mungkin akan dapat lebih banyak bahan letupan untuk digunakan dalam serangan di Malaysia," katanya kepada pemberita.
Beliau menghadiri Seminar Ancaman Pelampau Liberalisme Terhadap Masyarakat Islam Malaysia yang dirasmikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Kuala Nerus hari ini.
Dalam kes di pusat hiburan di Puchong, Selangor itu pada 28 Jun lalu, berlaku serangan bom tangan yang pihak polis mengesahkan ia didalangi kumpulan militan Daesh.
Lapan orang dilapor cedera dalam kejadian di awal pagi itu, ketika orang ramai sedang menonton kejohanan bola sepak Euro 2016.
Ia merupakan serangan pertama kumpulan tersebut di Malaysia.
Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata pihaknya masih meneruskan siasatan berhubung kejadian serangan itu dan menegaskan tiada sesiapa yang akan terlepas dari hukuman angkara perbuatan jenayah tersebut.
"Ini bukan soal Malaysia sahaja, tapi ia berlaku di peringkat global. Tidak ada satu negara pun yang boleh mendakwa mereka bebas dari ancaman serangan Daesh.
"Apa yang boleh kita semua lakukan ialah bekerjasama dengan pihak polis untuk menangani cabaran ini dengan terus membuat laporan kepada polis sekiranya ada perkara-perkara yang mencurigakan berlaku di sekeliling anda," katanya.
6 LANGKAH TANGANI IS
By
AZMI AZNI
Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah melakar enam langkah proaktif bagi memerangi ancaman militan Daesh di negara ini.
Menteri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata langkah tersebut ialah mengetatkan kawalan di sempadan negara, menerusi inisiatif terbaru melalui penubuhan Briged sempadan di Sabah dan Sarawak.
"Langkah lain ialah mengadakan rondaan bersama ATM-Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lokasi strategik seluruh negara.
"Memperkukuhkan kawalan keselamatan di laut Sulu yang membabitkan tiga negara jiran serta memperkasakan keselamatan di Sabah melibatkan ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM - Darat, Laut dan Udara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Ria Aidilfitri Parlimen Sembrong di Dewan Kejora, Taman Sri Lambak dekat Kluang hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Hishammuddin berkata penerangan mengenai bahaya Daesh kepada masyarakat akan juga dilakukan oleh pihak Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dan juga kerjasama dari perkongsian maklumat risikan pertahanan antara negara dan lain-lain.
Menteri itu berkata beliau meletakkan harapan dan amanah besar kepada KAGAT untuk memberi penjelasan dan melakukan pendekatan bagi menyekat fahaman Daesh daripada menular di kalangan anggota ATM sendiri menerusi perkongsian strategi yang sedang giat dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri dan PDRM.
Beliau berkata penglibatan seorang anggota keselamatan dengan Daesh walaupun seorang telah dikira banyak kerana mereka telah diberikan amanah dan tanggung jawab oleh negara.
Hishammuddin berkata insiden di Puchong baru-baru ini mempunyai kaitan rapat dengan Daesh dan langkah berjaga-jaga yang diingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mempunyai asas dan sebab tertentu.
Najib mahu semua pihak meningkatkan kesedaran dalam soal keselamatan dengan mengkaji semula langkah-langkah kesiapsiagaan yang lebih tinggi termasuk menghadapi ancaman militan Daesh.
"Oleh itu, kita tidak boleh ambil mudah ancaman ini dan pada masa yang sama perlu bersyukur dan memahami keharmonian dan perpaduan yang telah wujud selama ini," kata Hishammuddin.
Beliau berkata sebagai contoh majlis sambutan hari raya pada hari ini
menggambarkan keharmonian yang sedia ada dan ini boleh diancam sekiranya keselamatan negara ini tidak dijaga dengan baik.
"Bagi mengatasi masalah ini selain usaha yang dilakukan oleh kerajaan,
rakyat juga perlu memainkan peranan mereka sebagai mata dan telinga kepada kerajaan," kata beliau.
menggambarkan keharmonian yang sedia ada dan ini boleh diancam sekiranya keselamatan negara ini tidak dijaga dengan baik.
"Bagi mengatasi masalah ini selain usaha yang dilakukan oleh kerajaan,
rakyat juga perlu memainkan peranan mereka sebagai mata dan telinga kepada kerajaan," kata beliau.
Katanya pihaknya sentiasa mengambil langkah dan persediaan awal bagi
mengatasi ancaman Daesh dan usaha yang dilakukan bukan sahaja dari segi mencapai kesepakatan di peringkat negara Asean sebaliknya memperkukuhkan kekuatan anggota, aset dan juga strategi pertahanan.
mengatasi ancaman Daesh dan usaha yang dilakukan bukan sahaja dari segi mencapai kesepakatan di peringkat negara Asean sebaliknya memperkukuhkan kekuatan anggota, aset dan juga strategi pertahanan.
Menjawab pertanyaan, Hishammuddin berkata sehingga hari ini pihak berkuasa menerusi agensi risikan negara mampu melihat perkara yang telah biasa dan perkara yang baru menular di negara lain yang boleh dipelajari dengan mengambil tindakan yang sewajarnya.
"Namun jika berlaku tindakan yang tidak terfikir orang, mustahil untuk
mana-mana negara sekalipun menjangka dan membuat perancangan bagi mengatasi perkara itu seratus peratus," katanya.
mana-mana negara sekalipun menjangka dan membuat perancangan bagi mengatasi perkara itu seratus peratus," katanya.
-Bernama


