Sebanyak 162 orang yang terlibat dengan elemen kumpulan pengganas Daesh ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat 14 Mac lepas 2016, menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Kementerian itu dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat menyatakan bagaimanapun KDN tidak berhasrat mendedahkan secara terperinci maklumat tersebut agar tidak mengganggu siasatan polis.
Daripada jumlah yang ditahan itu lima adalah warga Sabah, menurut kementerian bagi menjawab soalan Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) tentang jumlah individu ditahan pihak berkuasa akibat penglibatan dalam aktiviti militan Daesh khususnya di Sabah.Berhubung soalan tentang jumlah dana asing yang disalur kepada kumpulan itu dan dirampas pihak berkuasa, katanya sehingga kini tiada dana asing yang masuk ke negara disabitkan dengan keganasan domestik atau luar negara.
Menurutnya kerajaan amat komited memerangi aktiviti militan di negara ini dengan melaksanakan beberapa tindakan.Katanya antara tindakan itu adalah mengadakan perkongsian maklumat dengan agensi perisikan luar negara khususnya negara anggota ASEAN, menyenarai hitam individu yang disyaki terlibat dalam kumpulan itu dan memasukkan nama mereka ke dalam Senarai Syak bagi menyekat pergerakan mereka di pintu keluar dan masuk negara."Selain itu, kerajaan sedang dalam usaha melaksanakan Sistem Saringan Awal Penumpang (APSS) ke atas pelancong yang memasuki negara ini sebelum berlepas dari negara asal bagi memastikan setiap warganegara asing ditapis dengan lebih awal dan terperinci," kata kementerian.Menurut KDN, kerajaan juga menahan mereka yang terlibat kumpulan militan mengikut undang-undang pencegahan seperti Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) dan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).
Search
Archives
-
▼
2016
(36)
-
▼
Jul
(30)
- DATUK AYOB DI UGUT OLEH IS
- CHINA MENAMPAKKAN TARING DI LAUT CHINA SELATAN
- SUSUN STRATEGI MEMERANGI IS
- TINDAKAN TEGAS TERHADAP PENYEBAR BERITA PALSU TENT...
- MEDIA JGANGAN SIARKKAN BERITA IS
- PULAU SPRATLY MENJADI REBUTAN
- ABU SAYYAF PANCUNG RAKYAT MALAYSIA
- MEDIA JANGAN BERI PUBLISITI KEPADA IS
- BAYAR RM12 JUTA KEPADA ABU SAYYAF UNTUK BEBAS
- INDENTITI PENCULIK ABU SAYYAF
- ABU SAYYAF CULIK 2 ORANG DI PERAIRAN SABAH
- INISIATIF MENANGANI KEGANASAN
- ANCAMAN IS TERHADAP MALAYSIA
- POLIS HANTAR PULANG PENGGANAS KE NEGARA ASAL
- TANGKAPAN ANGGOTA IS DI KUALA LUMPUR
- ISU SPRATLY BOLEH CETUSKAN PEPERANGAN
- ISU SPARTLY, MALAYSIA TIDAK BERSENDIRIAN
- PENGGANAS PENGIKUT TWEET ZAKIR NAIK
- MARINA BERANGGAPAN RAMAI TIDAK FAHAM TENTANG IS
- POLIS IKRAR AKAN LAWAN IS
- MENGENALI KUMPULAN ABU SAYYAF - PENCULIKKAN TEGAR ...
- SERTAI DAESH JALAN PINTAS KE SYURGA
- 162 DAESH DI TAHAN OLEH POLIS
- MALAYSIA KUTUK SERANGAN PENGGANAS DI ISTANBUL
- JURUTEKNIK KAPAL TERBANG MENYOKONG DAESH
- MUNGKIN PENGGANAS DAESH ADA DIKALANGAN KITA
- DISYAKI PENGGANAS DAESH DI TAHAN OLEH POLIS
- PENGGANAS DI PANGGIL DAESH UNTUK ELAK AGAMA ISLAM ...
- MALASIA KUTUK KEGANASAN DI DHAKA
- SERANGAN DIPUCHONG ANGKARA PENGGANAS IS
-
▼
Jul
(30)


