PENGGANAS DI PANGGIL DAESH UNTUK ELAK AGAMA ISLAM YANG DIANGGAP IS

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru agar kumpulan teroris Islamic State (IS) dipanggil “Daesh”, selepas beberapa insiden keganasan yang dilakukan oleh kumpulan itu kebelakangan ini.
“Mereka pejuang, dan patut dipanggil Daesh,” kata Timbalan Perdana Menteri itu dalam laporan akhbar Malay Mail.
“Daesh” merupakan nama pendek kumpulan itu dalam bahasa Arab, daripada “ad-Dawlah al-Islamiyah fi’l Iraq wa al-Sham”, yang diterjemahkan menjadi “Islamic State of Iraq and the Levant” dalam bahasa Inggeris.
Sejak Jun tahun lepas, IS mengumumkan permulaan satu khilafah di pemimpin mereka Abu Bakr al-Baghdadi, dan memanggil diri mereka “ad-Dawlah al-Islamiyah”, atau diterjemahkan kepada cuma Islamic State.
Selepas serangan IS terhadap Paris, Perancis dan Beirut, Lubnan baru-baru ini, beberapa pengkritik kumpulan itu menyeru umat dunia memanggil IS dengan nama Daesh, mendakwa bahawa nama itu dibenci oleh kumpulan tersebut.
Zahid juga menepis dakwaan bahawa ramai rakyat Malaysia menyokong kumpulan jihadi itu, selepas kajian Pew Forum minggu lepas mendapati sehingga 11 peratus rakyat Malaysia menyokong IS.

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.