Empat lelaki dipercayai kumpulan Abu Sayyaf, yang bersenjata telah menculik dua rakyat Malaysia di sebuah restoran makanan laut di Sandakan, Sabah pada malam Khamis.
Kedua-dua mangsa ialah seorang wanita dikenali sebagai Thien Nyuk Fun, 50 tahun, pengurus restoran makanan laut itu dan pelanggannya Bernard Then, 39, seorang konsultan dari Kuala Lumpur.
Ketika kejadian pada kira-kira pukul 7.40 malam itu, mangsa sedang menjamu selera di restoran atas air, di Jalan Bokara, Pasir Putih, iaitu kira-kira tiga kilometer dari Sandakan.
Sabah terletak di bahagian timur kepulauan Borneo, yang bersempadanan dengan Filipina serta Kalimantan, Indonesia.
Kumpulan militan terlibat
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar mengesahkan kejadian itu dan berkata, polis sedang menyiasat dan gerakan memburu serta mengetatkan kawalan perairan di sekitarnya telah dilancarkan.
"Polis sedang menyiasat tetapi tidak menolak kemungkinan militan terlibat," katanya kepada potal berita Malaysiakini.
Dalam satu kenyataan, Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi berkata empat lelaki bersenjata memasuki Ocean King Restaurant dengan membawa dua rifel automatik dan sepucuk pistol.
Penculik masih dalam perairan Malaysia
Beliau yang kemudiannya ditemui pemberita di Kuala Lumpur yakin penculik masih dalam perairan Malaysia.
“Malaysia telah meminta bantuan daripada pengawal pantai Filipina dan sehingga kini tiada tuntutan wang tebusan telah dibuat,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.
Dalam pada itu Ketua Polis Sabah, Jalaluddin Abdul Rahman pula berkata empat lelaki berseluar celoreng dan bersenjata senapang panjang serta pistol telah memasuki restoran berkenaan dan menarik mangsa secara paksa sebelum melarikan kedua-duanya dengan sebuah bot laju.
“Kesemua penculik telah menyerbu dari arah tangga sisi belakang restoran itu dan terus menuju ke arah mangsa yang duduk di meja berlainan,” katanya dalam satu kenyataan.
“Pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang diketuai oleh Abdul Rashid Harun telah berada di tempat kejadian bersama dengan Ketua Polis Sandakan dan pasukan penyiasat untuk mendapatkan keterangan saksi dan pekerja,’’ katanya.
Beliau juga memberitahu, Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) , Pasukan Gerakan Am dan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah dikerahkan untuk membuat operasi memburu dan membuat sekatan dilaut sehingga ke sempadan.
Katanya, helikopter milik agensi penguatkuasaan maritime dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga telah diarahkan untuk memintas suspek yang menggunakan bot laju itu.
Beberapa media tempatan melaporkan pada Julai tahun lepas, lelaki bersenjata membunuh anggota polis dan menculik seorang wanita dari pusat peranginan Mabul, juga di timur Sabah.
Dua orang wanita termasuk seorang rakyat China diculik dari sebuah pusat peranginan di Semporna dalam wilayah yang sama pada bulan April 2014.
Pada tahun 2013, seorang pelancong terbunuh manakala isterinya diculik dari sebuah peranginan di Sipadan berhampiran Sandakan.
Lebih daripada 20 orang termasuk pelancong telah dijadikan tebusan oleh Abu Sayyaf di sebuah pusat peranginan di Sipadan pada tahun 2000.
Search
Archives
-
▼
2016
(36)
-
▼
Jul
(30)
- DATUK AYOB DI UGUT OLEH IS
- CHINA MENAMPAKKAN TARING DI LAUT CHINA SELATAN
- SUSUN STRATEGI MEMERANGI IS
- TINDAKAN TEGAS TERHADAP PENYEBAR BERITA PALSU TENT...
- MEDIA JGANGAN SIARKKAN BERITA IS
- PULAU SPRATLY MENJADI REBUTAN
- ABU SAYYAF PANCUNG RAKYAT MALAYSIA
- MEDIA JANGAN BERI PUBLISITI KEPADA IS
- BAYAR RM12 JUTA KEPADA ABU SAYYAF UNTUK BEBAS
- INDENTITI PENCULIK ABU SAYYAF
- ABU SAYYAF CULIK 2 ORANG DI PERAIRAN SABAH
- INISIATIF MENANGANI KEGANASAN
- ANCAMAN IS TERHADAP MALAYSIA
- POLIS HANTAR PULANG PENGGANAS KE NEGARA ASAL
- TANGKAPAN ANGGOTA IS DI KUALA LUMPUR
- ISU SPRATLY BOLEH CETUSKAN PEPERANGAN
- ISU SPARTLY, MALAYSIA TIDAK BERSENDIRIAN
- PENGGANAS PENGIKUT TWEET ZAKIR NAIK
- MARINA BERANGGAPAN RAMAI TIDAK FAHAM TENTANG IS
- POLIS IKRAR AKAN LAWAN IS
- MENGENALI KUMPULAN ABU SAYYAF - PENCULIKKAN TEGAR ...
- SERTAI DAESH JALAN PINTAS KE SYURGA
- 162 DAESH DI TAHAN OLEH POLIS
- MALAYSIA KUTUK SERANGAN PENGGANAS DI ISTANBUL
- JURUTEKNIK KAPAL TERBANG MENYOKONG DAESH
- MUNGKIN PENGGANAS DAESH ADA DIKALANGAN KITA
- DISYAKI PENGGANAS DAESH DI TAHAN OLEH POLIS
- PENGGANAS DI PANGGIL DAESH UNTUK ELAK AGAMA ISLAM ...
- MALASIA KUTUK KEGANASAN DI DHAKA
- SERANGAN DIPUCHONG ANGKARA PENGGANAS IS
-
▼
Jul
(30)


