Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata serangan pengebom bunuh diri di Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul semalam amatlah dikesali dan harus dikutuk oleh masyarakat antarabangsa.Menurut laporan dari Turki, keganasan itu mengorbankan 41 orang dan lebih 230 orang lagi cedera.Ketika mengutuk serangan itu, Ahmad Zahid berkata, Malaysia terkejut dan sedih setiap kali negara-negara sahabat dan wilayahnya diserang oleh pengganas. “Kami merakamkan simpati dan takziah kepada keluarga mangsa dan juga kepada kerajaan Turki yang cintakan keamanan kerana menghadapi ujian semasa bulan Ramadan yang mulia ini,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. Ahmad Zahid menegaskan bahawa usaha memerangi keganasan tidak akan terhenti malah akan diteruskan. “Marilah kita semua teguh dan bersatu-padu dalam memerangi keganasan, sama ada di negara sendiri atau di tempat lain. Kita tidak akan berhenti sehingga mereka ditumpaskan sepenuhnya,” katanya.Tiga penyerang bunuh diri dilaporkan melepaskan tembakan sebelum meletupkan diri mereka di bangunan lapangan terbang pada lewat Selasa.
Search
Archives
-
▼
2016
(36)
-
▼
Jul
(30)
- DATUK AYOB DI UGUT OLEH IS
- CHINA MENAMPAKKAN TARING DI LAUT CHINA SELATAN
- SUSUN STRATEGI MEMERANGI IS
- TINDAKAN TEGAS TERHADAP PENYEBAR BERITA PALSU TENT...
- MEDIA JGANGAN SIARKKAN BERITA IS
- PULAU SPRATLY MENJADI REBUTAN
- ABU SAYYAF PANCUNG RAKYAT MALAYSIA
- MEDIA JANGAN BERI PUBLISITI KEPADA IS
- BAYAR RM12 JUTA KEPADA ABU SAYYAF UNTUK BEBAS
- INDENTITI PENCULIK ABU SAYYAF
- ABU SAYYAF CULIK 2 ORANG DI PERAIRAN SABAH
- INISIATIF MENANGANI KEGANASAN
- ANCAMAN IS TERHADAP MALAYSIA
- POLIS HANTAR PULANG PENGGANAS KE NEGARA ASAL
- TANGKAPAN ANGGOTA IS DI KUALA LUMPUR
- ISU SPRATLY BOLEH CETUSKAN PEPERANGAN
- ISU SPARTLY, MALAYSIA TIDAK BERSENDIRIAN
- PENGGANAS PENGIKUT TWEET ZAKIR NAIK
- MARINA BERANGGAPAN RAMAI TIDAK FAHAM TENTANG IS
- POLIS IKRAR AKAN LAWAN IS
- MENGENALI KUMPULAN ABU SAYYAF - PENCULIKKAN TEGAR ...
- SERTAI DAESH JALAN PINTAS KE SYURGA
- 162 DAESH DI TAHAN OLEH POLIS
- MALAYSIA KUTUK SERANGAN PENGGANAS DI ISTANBUL
- JURUTEKNIK KAPAL TERBANG MENYOKONG DAESH
- MUNGKIN PENGGANAS DAESH ADA DIKALANGAN KITA
- DISYAKI PENGGANAS DAESH DI TAHAN OLEH POLIS
- PENGGANAS DI PANGGIL DAESH UNTUK ELAK AGAMA ISLAM ...
- MALASIA KUTUK KEGANASAN DI DHAKA
- SERANGAN DIPUCHONG ANGKARA PENGGANAS IS
-
▼
Jul
(30)


