Polis menahan tujuh lelaki warga tempatandalam operasi di lima negeri kerana disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas Daesh. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mereka dipercayai anggota sel yang sama yang merancang untuk melancarkan serangan keganasan di beberapa lokasi strategik di seluruh negara. Mereka ditahan di Kedah, Johor, Pahang, Kuala Lumpur dan Selangor oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Bukit Aman mulai Jumaat lepas hingga hari ini (Ahad).
Khalid berkata ia susulan daripada tangkapan ke atas seorang individu di stesen LRT Setiawangsa di sini pada 15 Jan lepas. "Kesemua suspek yang ditahan berusia dalam lingkungan 26 hingga 50 tahun,"katanya dalam kenyataan pada Ahad.Khalid berkata operasi yang dilakukan itu menjurus kepada rampasanbarang-barang seperti 30 butir peluru pelbagai jenis, buku-buku jihad, bendera dan video propaganda Daesh. Menurutnya, seorang daripada tujuh lelaki itu menerima arahan daripadaMuhammad Wanndy Mohamed Jedi@Abu Hamzah, warga tempatan yang menyertai Daesh di Syria. Seorang lagi, kata Khalid, mendapat arahan daripada pemimpin kanan Khatibah Nusantara iaitu Bahrom Naim, warga Indonesia di Syria yang turut bertanggungjawab mengarahkan anggota sel Daesh di Indonesia untuk melancarkan serangan di Jakarta pada 14 Januari lepas.
Dalam operasi di Johor, dua individu ditahan termasuk penolong pengurus bahagian 'housekeeping' (perkemasan) sebuah hotel di Nusajaya yang berasal dari Sabah.Lelaki berusia 31 tahun itu turut disyaki berperanan sebagai 'amir' kepada sel berkenaan, kata Khalid.Seorang lagi lelaki yang ditahan di Johor ialah penyelia stor kilang berusia 33 tahun. Dua tangkapan di Kedah melibatkan seorang penjual cendol berusia 50 tahun yang disyaki bertanggungjawab mengumpul dan menyalurkan dana kepada mana-mana rakyat Malaysia yang berhasrat menyertai Daesh di Syria.
"Dana yang dikumpulkan itu juga akan digunakan untuk membiayai operasi serangan ganas di Malaysia," kata Khalid. Turut ditahan di Kedah ialah lelaki berusia 26 tahun berasal dari Terengganu, pembantu kepada penjual cendol terbabit, yang merancang untuk menyertai Daesh di Syria. Khalid berkata tiga lagi lelaki yang ditahan di Selangor (Gombak), Kuala Lumpur dan Pahang berusia antara 30 hingga 33 tahun, dan masing-masing bekerja sebagai pembantu makmal, jurupasang unit Sistem Pengesan Global (GPS) dan pengawal keselamatan. "Ketiga-tiga mereka turut terlibat dalam rancangan untuk melancarkan serangan di Malaysia," katanya. Khalid berkata kesemua mereka ditahan di bawah Bab VI A - Kesalahan Berkaitan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).
Search
Archives
-
▼
2016
(36)
-
▼
Jul
(30)
- DATUK AYOB DI UGUT OLEH IS
- CHINA MENAMPAKKAN TARING DI LAUT CHINA SELATAN
- SUSUN STRATEGI MEMERANGI IS
- TINDAKAN TEGAS TERHADAP PENYEBAR BERITA PALSU TENT...
- MEDIA JGANGAN SIARKKAN BERITA IS
- PULAU SPRATLY MENJADI REBUTAN
- ABU SAYYAF PANCUNG RAKYAT MALAYSIA
- MEDIA JANGAN BERI PUBLISITI KEPADA IS
- BAYAR RM12 JUTA KEPADA ABU SAYYAF UNTUK BEBAS
- INDENTITI PENCULIK ABU SAYYAF
- ABU SAYYAF CULIK 2 ORANG DI PERAIRAN SABAH
- INISIATIF MENANGANI KEGANASAN
- ANCAMAN IS TERHADAP MALAYSIA
- POLIS HANTAR PULANG PENGGANAS KE NEGARA ASAL
- TANGKAPAN ANGGOTA IS DI KUALA LUMPUR
- ISU SPRATLY BOLEH CETUSKAN PEPERANGAN
- ISU SPARTLY, MALAYSIA TIDAK BERSENDIRIAN
- PENGGANAS PENGIKUT TWEET ZAKIR NAIK
- MARINA BERANGGAPAN RAMAI TIDAK FAHAM TENTANG IS
- POLIS IKRAR AKAN LAWAN IS
- MENGENALI KUMPULAN ABU SAYYAF - PENCULIKKAN TEGAR ...
- SERTAI DAESH JALAN PINTAS KE SYURGA
- 162 DAESH DI TAHAN OLEH POLIS
- MALAYSIA KUTUK SERANGAN PENGGANAS DI ISTANBUL
- JURUTEKNIK KAPAL TERBANG MENYOKONG DAESH
- MUNGKIN PENGGANAS DAESH ADA DIKALANGAN KITA
- DISYAKI PENGGANAS DAESH DI TAHAN OLEH POLIS
- PENGGANAS DI PANGGIL DAESH UNTUK ELAK AGAMA ISLAM ...
- MALASIA KUTUK KEGANASAN DI DHAKA
- SERANGAN DIPUCHONG ANGKARA PENGGANAS IS
-
▼
Jul
(30)


