IS memang suka buat propanda melalui penyebaran video ringkas di you tube dan lain-lain mekanisma media elektronik, Apa yang bezanya orang yang membuat ugutan dalam propanda itu adalah rakyat Malaysia yang menyertai perjuangan IS. Tujuan mereka ialah supaya dapat rakyat dalam sesebuah negara ketakutan dan pihak berkuasa hilang punca. Namun tahniah kepada pihak berkuasa Malaysia kerana dapat menangani propanda dengan tersusun. Siapa pengganas IS dan adakah ia berada di Malaysia? Ini adalah satu persoalan yang rumit kerana pengganas IS itu mungkin terdiri sesiapa sahaja dan mungkin dia adalah kawan kita, jiran kita atau mereka yang berada satu kampung dengan kita. Jika dulu bila sebut IS kita terbayang seseorangyang pakai kopiah, berjanggut dan seorang yang alim atau berpakaian ciri-ciri seorang ahli agama. Lihat sahaja keganasan terbaru di Indonesia, pengganas itu adalah bertopi, seluar jean dan bertshirt. Pengganas IS boleh bertindak diluar dugaan dan boleh berlaku pada bila-bila masa dalam sekelip mata sahaja. Apakah ciri-ciri untuk mengenali pengganas itu dan ini adalah satu panduan umum yang kita boleh kongsi bersama.
1) Ibubapa mestilah sentiasa memerhati tingkah laku anak-anak dirumah dan jika terdapat perubahan ketara serta luar biasa maka sila beri penekanan mungkin ia telah berjinak-jinak dengan ideologi IS.
2) Isteri juga perlu perhatikan tingkahlaku suami jika sebelum ini seorang peramah dan suka bergaul tetapi tiba-tiba jadi pendiam, suka mendung diri dan asyik keluar dan balik tak menentu maka isteri bolehlah memberikan perhatian lebih kerana dibimbangi terlibat dalam ideologi IS.
3) Perubahan juga boleh dilihat dalam segi pakaian dan minat yang lebih mendalam pada agama. Melalui pesanan yang berbentuk wasiat berulang kali dan ini juga ciri-ciri kepada menganggotai IS.
4) Minat terhadap senjata atau lain-lain perkara melalui tontotan di youtube yang luar biasa sehingga pada pandangan anda ianya melebihi tahap-tahap kebiasaan.
5) Suami atau anak-anak pernah berhasrat untuk pergi ke Syria atau mana-mana negara Asia Barat dan beritahu walaupun sekali sedangkan sebelum ini tidak pernah pergi ke negara-negara tersebut.
6) Bercakap dan minat mendalam tentang IS, bercerita tentang kehebatan IS dan lain-lain yang pada pandangan anda sangat luar biasa. Namun jika ia adalah pengkaji IS tidak termasuk dalam golongan ini.
7) Jika anak2 atau suami berada di pondok dan minat mendalam haruslah diketahui nama pondok dan boleh berurusan pihak berkuasa utk mengetahui tahap pondok tersebut dalam aspek pemupukan keganasan.
8) Sumbangan kewangan melihat kepada penyaluran dana bulanan dan biasa 10% daripada gaji dan jika ada yang dicurigai maka bolehlah pemerhatian yang lebih dibuat keatasnya.
9) Aspek berkawan iaitu anak2 atau suami berkawan dengan siapa dan berapa lama kenal kawan tersebut. Perlu juga diberi perhatian kerana dibimbangi terjebak dalam ideologi keganasan.
10) Aspek bahan-bahan bacaan harus juga dikenalpasti jenis bacaan dan lain-lain berkaitan.
11) jika anak2 dan sanak saudara tinggal dirumah sewa harus dikenal pasti rakan serumah dan aktiviti harian secara ringan.
12) Semua harus prihatin sekurang-kurang jiran sebelah di keliling rumah dalam berbagai aspek tetapi bukan yang bermaksud busy body.
Jika langkah -langkah ini dapat diamalkan sekurang-kurang dapatlah bantu pihak berkuasa untuk mengekang ideologi IS daripada tersebar. Pihak berkuasa sudah ada strategi tersendiri tetapi peranan masyarakat juga penting utuk turut sama menangani ideologi keganasan ini.
Search
Archives
-
▼
2016
(36)
-
▼
Jul
(30)
- DATUK AYOB DI UGUT OLEH IS
- CHINA MENAMPAKKAN TARING DI LAUT CHINA SELATAN
- SUSUN STRATEGI MEMERANGI IS
- TINDAKAN TEGAS TERHADAP PENYEBAR BERITA PALSU TENT...
- MEDIA JGANGAN SIARKKAN BERITA IS
- PULAU SPRATLY MENJADI REBUTAN
- ABU SAYYAF PANCUNG RAKYAT MALAYSIA
- MEDIA JANGAN BERI PUBLISITI KEPADA IS
- BAYAR RM12 JUTA KEPADA ABU SAYYAF UNTUK BEBAS
- INDENTITI PENCULIK ABU SAYYAF
- ABU SAYYAF CULIK 2 ORANG DI PERAIRAN SABAH
- INISIATIF MENANGANI KEGANASAN
- ANCAMAN IS TERHADAP MALAYSIA
- POLIS HANTAR PULANG PENGGANAS KE NEGARA ASAL
- TANGKAPAN ANGGOTA IS DI KUALA LUMPUR
- ISU SPRATLY BOLEH CETUSKAN PEPERANGAN
- ISU SPARTLY, MALAYSIA TIDAK BERSENDIRIAN
- PENGGANAS PENGIKUT TWEET ZAKIR NAIK
- MARINA BERANGGAPAN RAMAI TIDAK FAHAM TENTANG IS
- POLIS IKRAR AKAN LAWAN IS
- MENGENALI KUMPULAN ABU SAYYAF - PENCULIKKAN TEGAR ...
- SERTAI DAESH JALAN PINTAS KE SYURGA
- 162 DAESH DI TAHAN OLEH POLIS
- MALAYSIA KUTUK SERANGAN PENGGANAS DI ISTANBUL
- JURUTEKNIK KAPAL TERBANG MENYOKONG DAESH
- MUNGKIN PENGGANAS DAESH ADA DIKALANGAN KITA
- DISYAKI PENGGANAS DAESH DI TAHAN OLEH POLIS
- PENGGANAS DI PANGGIL DAESH UNTUK ELAK AGAMA ISLAM ...
- MALASIA KUTUK KEGANASAN DI DHAKA
- SERANGAN DIPUCHONG ANGKARA PENGGANAS IS
-
▼
Jul
(30)


