ISIS, ISIL, Islamic State — dengan setiap laporan media yang
baru, ia bagaikan penggunaan perbendaharaan kata untuk terrorisme sentiasa
bertukar. Sejak serangan keganasan di Paris yang menyebabkan kematian 129 orang
dan beratus lagi cedera, beberapa pemimpin dunia telah mula menggunakan
perkataan “Daesh” untuk merujuk kepada ISIS. “Ia merupakan tindakan perang yang dimulakan
oleh tentera keganasan, tentera jihad, oleh Daesh ke atas Perancis,” kata
Presiden Perancis, François Hollande sejurus selepas serangan tersebut. Setiausaha
Negara John Kerry juga menggunakan perkataan sama semasa mesyuarat di Vienna.
“Amerika Syarikat, saya hendak tekankan, mengalu-alukan sokongan untuk berjuang
menentang Daesh,” kata beliau. Semasa ucapan di sidang kemuncak G20 di Turki,
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama juga menggunakannya. “Turki merupakan
rakan kongsi kukuh dengan Amerika Syarikat dan beberapa lagi ahli gabungan yang
menentang aktiviti ISIL, atau Daesh, di Syria dan Iraq.” Bendera Islamic State
(IS), yang juga dikenali sebagai "Islamic State of Iraq and Syria"
(ISIS) or "Islamic State of Iraq and the Levant" (ISIL). Bendera ini
juga digunakan oleh al-Shabaab, al-Qaeda in the Arabian Peninsula (AQAP),
al-Qaeda in the Islamic Maghreb (AQIM), dan Boko Haram. Bendera Islamic State
(IS), yang juga dikenali sebagai “Islamic State of Iraq and Syria” (ISIS) atau
“Islamic State of Iraq and the Levant” (ISIL). Bendera ini juga digunakan oleh
al-Shabaab, al-Qaeda in the Arabian Peninsula (AQAP), al-Qaeda in the Islamic
Maghreb (AQIM), dan Boko Haram. Perkataan ISIS, (the Islamic State of Iraq and
Syria), ISIL (The Islamic State of Iraq and the Levant) dan IS (Islamic State)
mempunyai akar umbi yang sama. Walau bagaimanapun, perkataan ‘Daesh’ kelihatan
kabur dan tidak kena tempat. Sebab utama kenapa semakin ramai pemimpin-pemimpin
dunia menggunakan perkataan Daesh ini adalah kerana Islamic State sendiri tidak
menyukainya. Demonstrasi orang-orang Kurdish menentang ISIL di Vienna, Austria
pada 10 October 2014 . Demonstrasi orang-orang Kurdish menentang ISIL di Vienna,
Austria pada 10 October 2014. Secara teknikalnya, Daesh merupakan singkatan
nama arab Islamic State, al-Dawla al-Islamiya fi al-Iraq wa al-Sham, dan pada
suatu masa telah digunakan oleh ahli-ahli ISIS. Perkataan Daesh kini langsung
dilarang untuk digunakan di dalam kawasan yang dikawal oleh Islamic State: Jika
anda menyebutnya, anda menghadapi risiko untuk dipotong lidah. Perkataan ini
diberhentikan penggunaannya di kalangan militan selepas proses penjenamaan
semula oleh ketua kumpulan tersebut iaitu Abu Bakr al-Baghdadi pada bulan
Julai. Sebahagian daripada sebabnya adalah kerana perkataan arab ‘Daesh’ boleh
juga bermaksud “fanatik yang memaksa pandangannya pada orang lain” atau “untuk
memijak-mijak dan menghancurkan,” mengikut laporan Boston Globe. Dengan
strategi ISIS yang sangat memerlukan aspek propaganda untuk merekrut pejuang,
ia tidak mengejutkan bahawa kumpulan ini telah mula untuk memadamkan semua
benda negatif yang dikaitkan dengan Daesh. Propaganda juga memain peranan di
dalam satu lagi sebab kenapa pemimpin kumpulan ini mula menggunakan perkataan
seperti ISIS dan Islamic State. Dengan merujuk diri mereka menggunakan
perkataan baru ini, pejuang-pejuang tersebut boleh menyampaikan perasaan sahih
dan benar kepada objektif Islamic State. Islamic State sebenarnya bukanlah
sebuah negara (state), tetapi merupakan koleksi kumpulan pengganas yang
beroperasi dari wilayah rampasan di Mesopotamia. Tiada “Islamic State” di
wilayah tersebut yang diiktiraf oleh mana-mana kerajaan sebagai mewakili negara
sebenar. Pemimpin-pemimpin dunia yang memanggilnya ‘State’ (negara) berpotensi
untuk diperdaya oleh permainan ISIS. Daesh. Gunakan ia selalu – untuk
membanteras dan menyakiti hati pengganas. Malaysia adalah anti keganasan dan
memerangi DAESH adalah objeltif utama negara kerah keamanan serantau.
Search
Archives
-
▼
2018
(15)
-
▼
Jul
(15)
- KETAKUTAN AS TERHADAP ANCAMAN DAESH
- ANCAMAN DAESH TERHADAP NEGARA
- AMERIKA SYARIKAT SOKONG PENDIRIAN MALAYSIA TERHADA...
- BAHAYA MILITAN DAESH
- PENGGANAS MENGGUNAKAN IPLIKASI CANGGIH
- MALAYSIA MENGHADAPI CABARAN GLOBAL 2017
- KESAN KEGANASAN DAN MENGATASINYA
- KSCIP BUKA LEMBARAN BARU MEMERANGI DEASH
- MEMAHAMI PERANG SARAF DAESH
- TERLIBAT DAESH TERIMA PADAH
- BAHAYA IDEOLOGI DAESH KEPADA MASYARAKAT
- APA MAKNA DAESH?
- JANGAN KAITANKAN DAESH DENGAN ISLAM
- DAESH MENGUGAT KEAMANAN SERANTAU
- LETUPAN BOM DI SELATAN THAILAND ADA KAITAN MALAYSIA?
-
▼
Jul
(15)


