Seorang pendakwah hari ini dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki bahan-bahan berkaitan dengan aktiviti kumpulan pengganas, Mac lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan memerintahkan tertuduh, Anwar Ab Rawi dari Kuala Terengganu, menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 22 Mac 2016.
Nordin berkata mahkamah serius dalam menangani masalah berkaitan keganasan dan tidak mahu ia berlaku di negara ini kerana boleh mendatangkan keburukan.
“Dari peringkat awal perkara ini perlu dihindari, caranya melalui hukuman yang diberikan, supaya setiap pelaku dapat rasakan seriusnya mahkamah tangani keganasan,” katanya.
Anwar dituduh memiliki sebuah buku bertajuk ‘Misteri Pasukan Panji Hitam’ (Rahsia Thaifah Manahumah-Kumpulan Elit Pasukan Islam) dan empat imej gambar di dalam telefon bimbitnya di sebuah rumah beralamat Lot 12389, Taman Manir Indah, Kampung Banggol Tuan Muda, Kuala Terengganu, pada 8.48 pagi, 22 Mac 2016.
Kesemua itu merupakan item berunsur perbuatan keganasan dan berkaitan dengan kumpulan pengganas iaitu kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (JI), Al Qaeda (AQ) dan Daesh.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan


